November 14, 2011

SOALAN-SOALAN TUMPUAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Salam imtihan buat semua calon SPM yang sedang memulakan perjuangan pada hari ini. Mudah-mudahan anda dapat menghadapinya dengan persediaan yang mantap. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam peperiksaan akan berlangsung pada 21 November nanti. Tentunya para pelajar masih belum membuat persediaan terakhir untuk menghadapinya kerana masih sibuk menelaah subjek sejarah , B.Inggeris dan Tasawwur. Sebagai panduan untuk anda mengulangkaji mata pelajaran Pendidikan Islam, anda boleh memuat turun "koleksi soalan-soalan popular Pendidikan Islam 2011". Untuk makluman anda, soalan-soalan tersebut hanyalah sebagai panduan sahaja. Pelajar dinasihatkan mengulangkaji keseluruhan tajuk terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada tajuk-tajuk yang diberi. Semoga panduan ini dapat membantu pelajar skor A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Selamat berjaya....

p/s : Koleksi soalan-soalan di atas dibina berdasarkan soalan-soalan percubaan kebanyakan negeri SPM 2011.

September 13, 2011

SOALAN PERCUBAAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2011

PENDIDIKAN ISLAM TERENGGANU SPM K1

PENDIDIKAN ISLAM TERENGGANU SPM K2

SKEMA PENDIDIKAN ISLAM K1

SKEMA PENDIDIKAN ISLAM K2

Julai 21, 2011

Ulangkaji Tajuk Haji

Assalamualaikum.....kepada semua calon SPM, sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan percubaan, di sini ustazah cuba paparkan beberapa siri latih tubi bagi tajuk-tajuk ibadat tingkatan 4. Mudah-mudahan bahan latih tubi ini dapat membantu anda mengingat fakta bidang ibadat dengan baik.
Sila klik pautan di bawah untuk muat turun :

Disamping melaksanakan latih tubi di atas, ustazah sarankan pelajar cuba mengingat fakta-fakta tersebut menggunakan formula mudah. Contohnya, formula dam haji seperti gambarajah di bawah :

Gambarajah di atas kurang jelas kerana dimuat turun dalam bentuk gambar. Sesiapa yang berminat untuk muat turun dengan jelas, boleh emelkan kepada ustazah.
Selain itu, pelajar boleh membina formula sendiri dengan teknik "mneumonik". Contohnya, rukun haji dan rukun umrah dapat dihafaz dengan mudah dengan menggunakan mneumonik berikut :

RUKUN HAJI

  1. Niat Ihram = Nak

  2. Wukuf di Arafah =Wangi

  3. Tawaf di Kaabah= Tolong

  4. Saie =Sapu

  5. Bercukur =Bedak

  6. Tertib =Talkum

Mneumonik "rukun haji' = Nak Wangi Sila Sapu Bedak Talkum

RUKUN UMRAH

  1. Niat ihram=Nak

  2. Tawaf di kaabah=Tidur

  3. Saie=Sila

  4. Bercukur=Bawa

  5. Tertib=Tilam

Mneumonik "rukun umrah"= Nak Tidur Sila Bawa Tilam

Contoh mneumonik bagi "perkara wajib haji dan "syarat wajib haji":

PERKARA WAJIB HAJI :" Nak Makan Lauk Istimewa Mari Merasa Masakan Mamak Mesti Angau Menjilat 3 Jari"

Mneumonik/ akrostik hendaklah direka dengan menggunakan ayat yang lucu dan kelakar supaya anda mudah mengingatinya. Semoga panduan di atas dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk haji. Insya Allah, dalam entri yang akan datang, ustazah akan paparkan tip dan panduan bagi tajuk-tajuk berikutnya. ayunie75@yahoo.com

Program Rakan Masjid SMK Putra

Pada 13 dan 14 Julai yang lalu Unit Pengurusan Solat dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan MAIDAM telah berjaya melaksanakan program "Rakan Masjid" bertempat di Masjid Hadhari Jerteh. Peserta program adalah terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Putra. Bagi merealisasikan hasrat mendekatkan pelajar dengan masjid, para peserta telah disajikan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti halaqah, ceramah, aktiviti khidmat masyarakat dan qiamulail. Program yang julung-julang kali diadakan ini diharap dapat melahirkan generasi yang beramal soleh serta rajin mengimarahkan masjid. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak MAIDAM yang sudi menyumbang dan kepada semua guru Pendidikan Islam serta kaunselor yang terlibat. Mudah-mudahan program seperti ini akan dijadikan program tahunan sekolah ke arah memantapkan sahsiah pelajar.

Ucapan perasmian penutup disampaikan oleh wakil MAIDAM.

Para peserta khusyuk mendengar ceramah.

Penyampaian sijil kepada peserta-peserta program.

Aktiviti gotong-royong.

Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noriah Zakaria.

Para peserta bergambar sebagai kenang-kenangan.

Mei 16, 2011

Guru akan nikmati 5 kaedah kenaikan pangkat:PM

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Januari depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang dibuat guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.

Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.

Najib berkata, sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," katanya.

Najib berkata, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Katanya, kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya.

"Pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan," katanya.

Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.

"Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Najib berkata, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.

"Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang membabitkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.

"Manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan," katanya.

Najib berkata, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang membabitkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya. - BERNAMA

Berita Harian Online: 16 Mei 2011

Mac 14, 2011

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA SELEPAS SPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai dari kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan diumumkan tidak lama lagi. Pastinya para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Jadi apakata sebelum anda menerima keputusan tersebut, persiapkan dahulu diri anda dengan maklumat-maklumat terkini tentang peluang kerjaya.

Anda juga mesti tertanya-tanya bagaimana untuk memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal disajikan nanti sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak.

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Fokus anda ketika ini adalah kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2010 khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.

MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

 Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
 Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
 Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
 Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
 Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di sini:( sila klik gambar di bawah ) :

Sekian dari saya,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh
Admin www.LepasanSPM.com

TUGASAN CUTI SEKOLAH TINGKATAN 5

Sila download tugasan cuti dari link di bawah :

http://www.docstoc.com/docs/73676057/TOKOH-TINGKATAN-5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.