Februari 17, 2010

Salam Maulidur Rasul

Selamat menyambut hari kelahiran nabi junjungan Muhammad saw. Moga kecintaan kita terhadap baginda bertambah subur dan mekar dihati. Walau beribu tahun baginda meninggalkan kita, selawat dan salam keatasnya akan sentiasa meniti dibibir kita.

Memperingati hari kelahiran baginda bukan sekadar berkumpul, berselawat dan berarak tetapi lebih dari itu. Pada hari ini, berkumandang laungan selawat dan salam serta pujian ke atas kehebatan dan keindahan akhlak baginda. Namun segalanya tidak bermakna andai hari ini saja lafaz puijian selawat itu basah dibibir. Malu rasanya mengaku mencintai Rasul sedangkan diri masih jauh menyimpang dari sunnahnya. Justeru, setiap umat yang mengaku mencintainya perlu menghayati kisah-kisah perjuangannya meninggikan syiar Islam. Marilah sama-sama kita mencontohi ketinggian budi pekerti baginda sebagai ikon terungul kita.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.