April 28, 2010

MULTAQA PERDANA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH BESUT

Majlis Multaqa Perdana guru-guru Pendidikan Islam telah diadakan pada 19 April 2010 di Dewan Besar SMK Nasiruddin Shah. Majlis tersebut bertujuan memberi motivasi kepada guru pendidikan Islam agar menggandakan usaha memperkasa subjek pendidikan Islam yang kian dipinggirkan oleh pelajar. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahid bin Setia selaku ketua sektor pendidikan Islam JPNT. Beliau telah meminta GPI mencari punca kemerosotan prestasi subjek pendidikan Islam dalam SPM baru-baru ini. Bilangan pelajar yang mendapat A+ bagi subjek ini berkurang jika dibandingkan dengan subjek matematik. . Ini seolah-olah menggambarkan subjek PI begitu sukar sedangkan subjek ini amat berkait rapat dengan kehidupan harian pelajar. Justeru, semua GPI disaran menggunakan strategi berkesan bagi melonjakkan prestasi pendidikan Islam dalam SPM 2010. Pertemuan seperti ini amat sesuai dijadikan sebagai program tahunan agar Guru Pendidikan Islam sentiasa mendapat motivasi dan sumber inspirasi ke arah kecemerlangan pelajar.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.