Mei 22, 2010

Buang Bayi Lagi

Saban hari pasti terpapar di dada akhbar kisah bayi dibuang tanpa belas kasihan. Sedih menyelubungi hati apabila memikirkan manusia manakah yang tergamak melakukan perbuatan persis haiwan liar ini. Sedangkan haiwan sayangkan anak, sebaliknya manusia sanggup membuang anak. Gejala sebegini jika tidak dibendung mungkin mengundang bala. Selalunya bila bala dah turun, semua akan merasa dan tidak terkecuali. Saat itu manusia mula mengingati Tuhan biarpun selama ini perintah Tuhan diabaikan.
Lihatlah betapa rakusnya manusia melakukan dosa. Bahkan mereka merasa bangga walaupun sudah jelas mengkhianati amanah Allah. Sekurang-kurangnya malulah kepada manusia kalau sudah hilang rasa malu kepada Allah .
Itulah akibatnya perbuatan zina, apabila perut sudah memboyot barulah sedar akan dosa, apabila bayi lahir ke dunia, malu mula mencengkam jiwa. Malu mengatasi segalanya sehingga tergamak melakukan dosa. Sudahlah berdosa dengan berzina ditambah pula dosa membunuh bayi yang tidak berdaya. Aduhai kasihan bayi-bayi ini, belum sempat mengenali dunia sudah dibuang di tempat yang hina. Belum sempat merasa hangatnya kasih bonda, sudah ditemani langau dan lalat, dimamah anjing dan digigit haiwan berbisa.
Remaja hari ini sudah tidak ada harga diri, berpeleseran tanpa sebab. Bergaul bebas tanpa batas. Seolah-olah mempunyai pasangan itu sesuatu yang wajib apabila berada di bangku persekolahan. Gadis yang tidak mempunyai pasangan dikatakan tidak laku dan kolot. Justeru, mereka terikut-ikut dengan sinetron Indonesia yang menggambarkan si gadis wajib mencari pacar, berebut kekasih dan berkelakuan sumbang ketika berada di sekolah. Bila sudah asyik berpacaran, kata orang tua sudah tidak diendah. Sebab itulah Islam mengharamkan zina dan meyuruh umatnya menjauhi perbuatan yang membawa kepada zina. Antara perbuatan yang membawa kepada zina adalah berdua-duaan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Namun, larangan ini seperti tidak diendahkan oleh remaja. Bahkan segelintir ibu bapa merasa bangga dan membenarkan pula si anak gadis mereka keluar bergandingan dengan si teruna pilihan mereka.
Sering kita perhatikan remaja berpegangan tangan di tempat awam tanpa rasa malu . Kata mereka, sikit-sikit tak mengapa. Sedangkan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dah pegang tak mengapa, mungkin selepas ini peluk pun tak kisah. Bila dah sampai sejauh itu, orang ketiga pasti memainkan peranan dengan terus menggoda si merpati dua sejoli ini sehingga berlakunya zina. Demi cinta sejati selalunya si gadis tidak teragak menyerahkan segalanya kepada si teruna kerana saat itu akal selalunya gagal mengawal nafsu. Ketika inilah si iblis laknatullah mula bersorak meraikan kemenangan atas misi utamanya menyesatkan manusia.
Fikirkanlah masa depan generasi kita, adakah kita akan mewarisi anak-anak hasil penzinaan ini? Tidak mustahil suatu hari nanti, sangat sukar untuk mencari pasangan hidup kerana ramainya manusia yang tidak berbapa dan tidak berketurunan. Oleh itu setiap lapisan masyarakat perlu berusaha menggembleng tenaga melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar sebelum ianya terlambat. Ingatlah bahawa penyelesaian terbaik kepada seluruh permasalahan manusia adalah kembali kepada agama, melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Tegakkanlah tiang agama dengan bersolat kerana sesungguhnya solat itu mencegah manusia daripada perbuatan keji dan mungkar.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.