Mei 13, 2010

Selamat Hari Guru

'Guru Pembina Negara Bangsa'....begitu indah tema hari guru pada tahun ini. Namun, jika tidak dihayati, tema sekadar tema...sambutan sekadar acara tahunan. Justeru...guru sejati pasti akan menilai diri di saat masyarakat meraikan mereka dengan penuh pengiktirafan. Guru terbilang pula tidak alpa menilik diri sejauh mana anak bangsa terdidik, sebanyak mana ilmu tercurah...atau sekadar goyang kaki membiarkan anak didik terkial-kial mencari kebenaran.....tanpa ada ilmu yang disalur??? Tanyalah diri....mungkin saat inilah peluang untuk guru memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan lalu.

Sepanjang menceburi profession keguruan, pelbagai ragam guru dan pelajar ditemui. Ada guru yang sanggup mengabaikan anak sendiri demi mendidik anak-anak orang lain. Tidak kurang pula yang sambil lewa asal hujung bulan poket berisi. Rasanya bukan mudah menjadi guru...banyak dugaan dan rintangan perlu ditempuh...terkadang terkandas juga di pertengahan jalan. Kecewa sering melanda hati apabila ilmu dicurah bak mencurah air ke daun keladi. Geram mula bersarang apabila ilmu disuap tidak dikunyah, malah usah kata nak dikunyah...diluah pula tanpa rasa bersalah. Itulah anak didik kita hari ini, sikap malas yang mengcengkam diri sukar diubati penyebab guru kian pudar semangat untuk terus berbakti. Itulah senario seorang guru, walau apa jua dugaan mendatang....guru sejati tetap teguh dengan pendirian... mendidik tanpa alasan.

Kepada semua pelajar...kenanglah jasa gurumu...mungkin sambutan hari guru pada tahun ini merupakan titik tolak untuk pelajar lebih menghargai guru. Lihatlah betapa seorang Perdana Menteri tidak mungkin menjadi Perdana Menteri...tanpa dididik oleh seorang guru. Seorang doktor tidak mungkin menjadi doktor tanpa belajar dengan guru. Bahkan seorang guru mungkin tidak bergelar guru tanpa didikan gurunya!
Agak malang, pelajar hari ini kurang menghayati sambutan hari guru. Di saat pihak sekolah mengadakan sambutan ini, ramai pelajar yang cuba uzurkan diri untuk hadir ke sekolah. Alasannya, “hari ini tak belajar”. Namun tahukah pelajar bahawa kehadiran mereka sebenarnya menunjukkan penghargaan mereka kepada guru mereka. Ketidakhadiran yang disengajakan jelas menggambarkan pelajar ini tidak mengambil berat perihal insan yang telah mencurahkan bakti kepada mereka.

Penghargaan buat guru tidak semestinya dengan wang ringgit atau hadiah yang menarik. Cukuplah sekadar ucapan terima kasih yang tulus ikhlas dari lubuk hati. Guru pastinya tersenyum riang apabila berduyun-duyun pelajar menghulurkan tangan memohon kemaafan dan mengucapkan penghargaan. Sekurang-kurangnya titik peluh yang mengalir selama ini tidak dipersiakan oleh pelajar.
Semestinya saat yang paling bahagia bagi seorang guru adalah ketika melihat kejayaan anak didiknya. Terasa benar segala daya usaha selama ini berbaloi. Namun terdapat pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang lupa mendedikasikan kejayaan mereka kepada guru yang mendidik mereka. Kebanyakan mereka sempat menyatakan ; “kejayaan saya adalah berkat usaha saya dan ibu saya”.
Oleh itu wahai anak bangsa, hargailah gurumu dan berilah pengiktirafan di atas segala penat lelah guru yang mendidik kamu. Mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Kepada semua guru, selamat hari guru semoga kita menjadi guru yang benar-benar membina bangsa sehingga lahirnya bangsa yang berilmu dan berakhlak mulia.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.