Mei 01, 2010

Mari Menutup Aurat

Dewasa ini , gejala sosial begitu meruncing dek kerana rancaknya pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Suruhan menutup aurat pula sering diabaikan...barangkali kerana lupa dan tidak kurang pula yang jahil selok belok agama. Ada yang dah tahu pun masih terus buat-buat tak tahu. Kebanyakan pelajar bertudung hanya kerana peraturan sekolah. Apabila keluar sempadan pagar sekolah ..aurat terus didedah tanpa silu. Sudah berbuih guru menegur, namun kerapuhan iman penyebab mereka mengabaikan pesanan.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 30-31, jelas menerangkan tentang cara menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita.

"Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kepala hingga ke bawah dada...." menjelaskan bahawa bertudung hendaklah menutup hingga ke bawah dada. Namun amat mengecewakan, fesyen bertudung masakini tidak menepati syarat berpakaian seperti yang digambarkan dalam Al-Quran. Ramai yang menganggap menutup rambut sudah dikira menutup aurat sedangkan bahagian dadanya didedah dengan tubuh badan dibaluti pakaian ketat, jarang dan sendat.

Ilustrasi di bawah mungkin memberi sedikit kefahaman tentang pakaian yang dianggap menutup aurat tetapi sebaliknya tidak memenuhi syarat :

Islam tidak menghalang wanita berfesyen selagi ia tidak tidak bertentangan dengan syariat. Wanita perlu bijak membuat pilihan asal tidak melanggar syariat dek kerana ghairah mengikut 'trend'. Justeru itu, marilah kita praktikkan amalan menutup aurat yang sebenarnya agar diri kita terhindar daripada fitnah sekaligus menggambarkan ketaatan kita terhadap perintah dan suruhan Tuhan.

Tambahan: 9 Kejelikan Fesyen Pemakaian Tudung Era 2000
Dipetik dari laman :

http://isteri.blogmas.com/2007/12/31/pantun-mari-menutupi-aurat/

1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , tak melepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas di dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramai mek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya model time fesyen show …

3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..

4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutup rambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kita dedahkan..

5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu…

6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgn eye-shadow , mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai , yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betis nampak…ooo…saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak !!!!

8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …

9.Pakai tudung trend busana muslim , siap kerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tas tangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar ,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.