Mei 09, 2010

SELAMAT HARI IBU....

Tarikh 9 Mei merupakan tarikh yang begitu istimewa buat kaum wanita yang bergelar ibu. Walaupun sambutan ini diperkenalkan oleh orang Barat , namun tidak salah jika umat Islam juga turut meraikannya sebagai satu hari yang bermakna bagi ibu mereka. Bagi mereka yang selama ini mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu ,maka hari ini merupakan hari yang terbaik untuk menilai kembali sejauh mana kita membalas jasa dan pengorbanan insan tersayang. Memang benar kasih sayang bonda tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Sekurang-kurangnya dengan bertanya khabar, ucapan terima kasih dan kunjungan sudah memadai bagi mengenang jasa ibu. Seorang ibu pasti tidak mengharapkan hadiah yang mahal-mahal sebagai tanda ingatan, cukuplah dengan doa dan sanjungan. Bagi insan yang sudah kehilangan ibu pula, jangan lupa untuk mendoakan mereka yang telah pergi mengadap Ilahi. Doa anak-anak yang soleh akan sentiasa menemani bonda di alam sana.
Bagi menghayati hari istimewa ini, anak-anak juga boleh merancang aktiviti yang sesuai bersama ibu mereka. Mereka yang tinggal sebumbung dengan ibu bapa, mungkin tidak menghadapi masalah untuk meraikan hari ini bersama-sama bonda seperti memasak masakan istimewa untuk ibu, pergi bercuti ke pusat peranginan atau membeli-belah barangan kesukaan ibu. Walaubagaimanapun jangan pula mengingati ibu pada hari tertentu sahaja atau menunggu tarikh tertentu untuk menyayangi ibu. Kasih sayang ibu adalah kasih sayang sepanjang masa. Kenanglah jasa mereka di mana jua anda berada. Selamat Hari Ibu buat bondaku yang tercinta....

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.