Mei 11, 2010

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB SPM SIRI 1

Selama tiga hari berturut-turut, pelajar SPM SMK Putra telah didedahkan dengan pelbagai tips menjawab soalan peperiksaan dalam Seminar Teknik Menjawab Siri 1 baru-baru ini. Seminar yang dianjurkan oleh projek SPM ini, hanya melibatkan mata pelajaran teras. Bagi subjek pendidikan Islam, pihak panitia pendidikan Islam memutuskan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan skima umum. Teknik skima umum ini amat berguna kepada pelajar bagi menjawab soalan-soalan tidak berbentuk fakta. Setelah selesai sesi penerangan, pelajar-pelajar ini diuji minda dengan latih tubi soalan-soalan terpilih bagi mempraktikkan formula yang telah disampaikan oleh Pn Alani. Walaupun dianggap mudah oleh kebanyakan pelajar, namun hakikatnya tidak semudah yang disangka. Kemahiran dan pengalaman ini perlu dibina oleh pelajar sendiri dengan melaksanakan latih tubi berpandukan modul yang diberi. Pihak panitia pendidikan Islam bercadang untuk melancarkan seminar siri 2 bagi mendedahkan pelajar dengan “Modul Bijak Jawi”. Kepada pelajar lain yang berminat, anda boleh memuat turun modul dan latih tubi skima umum ini pada pautan yang tertera di dalam blog ini.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.