Ogos 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Terasa baru benar kita menyambut Ramadhan dan Syawal yang lalu...betapa cepatnya masa berlalu...kini Ramadhan datang lagi....menjanjikan seribu nikmat dan rahmat buat semua umat Islam. Bagi hamba yang beriman pastinya Ramadhan dinantikan dengan penuh harapan dan keazaman. Keheningan malam bertukar meriah dengan kunjungan hamba Allah berterawih menuju ke masjid di segenap pelosok bumi. Ditambah pula indahnya saat bersunyi-sunyian melafaz tasbih dan tahmid kepadaNya tatkala insan lain lena dibuai mimpi. Saat sebegini pasti amat dirindui oleh hati-hati yang sentiasa mengharapkan keredhaan dan keampunan Ilahi.

Betapa agungnya kasih sayang Allah sehingga menyediakan ruang dan peluang untuk kita mengumpul dana akhirat sebanyak mungkin sepanjang Ramadhan ini. Mana tidaknya, setiap amalan akan diberi kebajikan berpuluh kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang menjanjikan barakah, keampunan dan rahmat di mana setiap doa orang beriman pasti dikabulkan Tuhan. Orang yang celik akalnya pasti tidak melepaskan peluang keemasan ini begitu saja.

Sebaliknya bagi insan yang tandus imannya, kehadiran Ramadhan ini dianggap sebagai satu bebanan kerana terpaksa mengekang jiwa dan hawa nafsu. Bagi mereka, Ramadhan dilalui secara biasa tanpa apa-apa yang istimewa. Ditambah pula dengan senario di Negara kita, umat Islam lebih ghairah menantikan kedatangan syawal berbanding Ramadhan. Dendangan lagu raya yang begitu menggamit kalbu berkumandang di sana sini, jualan murah yang menggoda nafsu sering pula melalaikan hati walhal jualan tersebut tidaklah semurah yang disangka. Ramadhan yang sepatutnya dihiasi dengan alunan zikir dan munajat bertukar menjadi pesta hebat dengan lambakan lauk pauk di bazar Ramadhan , aneka kuih raya di pasaran dan lelongan pakaian sebagai persediaan menyambut lebaran. Artis-artis pula sibuk melaram pakaian baru bersiap sedia dengan rancangan khas buat tontonan di pagi raya.

Bimbang juga kiranya kita terlalu ghairah menyediakan keperluan raya untuk anak-anak sehingga banyak masa dihabiskan begitu saja. Sering kita alpa bahawa sebenarnya Ramadhan yang perlu dikejar bukannya berkejar untuk meninggalkan Ramadhan. Jangan sampai...puasa tak seberapa rayanya luar biasa. Pernahkah kita rasa malu di saat seronok beraya kita lupa menilik diri berkenaan puasa entah sempurna entah tidak???? Alangkah ruginya kita, jika meninggalkan Ramadhan begitu saja tanpa berusaha bersungguh-sungguh mengaut keuntungan yang ditawarkan oleh Allah.

Jika pada bulan ini, umat Islam sibuk mengejar jualan murah di sana sini, ingatlah bahawa Allah juga menyediakan tawaran hebat dengan melimpahkan rahmatNya di mana-mana. Bukan sekadar pahala berlipat ganda malah dihadiahkan juga bonus yang paling hebat iaitu lailatul qadar. Istimewanya lailatul qadar kerana ibadah pada malamnya seolah-olah beribadah selama seribu bulan. Alangkah beruntungnya hamba Allah yang terpilih untuk bertemu dengan lailatul qadar, sempurna pula puasanya, banyak sedekahnya dan istiqamah qiamullailnya. Hamba ini pasti menangisi pemergian Ramadhan kerana belum tentu bertemu semula dengan Ramadhan akan datang.

Justeru, kehadiran ramadhan ini perlu disambut dengan hati yang gembira dengan persiapan fizikal dan mental agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan dan kekuatan. Barulah bermakna sambutan 1 Syawal nanti sebagai hari meraikan kemenangan bermujahadah melawan nafsu. Sebaliknya, andai kita lalai dalam menghayati Ramadhan, kita adalah golongan yang rugi kerana gagal memanfaatkan tawaran hebat yang dijanjikan Allah swt. Oleh itu , golongan ini tidak layak meraikan kemenangan....namun kebanyakan mereka tidak segan silu menyambut lebaran sedangkan hati masih dibelenggu nafsu dan dosa.
Sekadar peringatan buat diriku yang lupa...

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.