Oktober 09, 2010

Teknik mengulangkaji di ambang peperiksaan SPM

Sedar atau tidak tinggal beberapa hari lagi menjelangnya peperiksaan SPM. Sebagai pelajar, pastinya anda menanti saat itu dengan penuh debaran. Bagi mereka yang sudah bersedia menghadapinya sudah tentu tidak merasa gusar kerana segala ilmu telah sarat tersemat di dada. Namun, bagi segelintir pelajar yang baru terjaga dari lena, saat inilah mereka mula kelam kabut menelaah pelajaran. Mungkin ramai yang buntu mencari teknik dan tip mengulangkaji di saat-saat kecemasan ini. Apa yang pasti, pelajar tidak perlu gusar dan cemas menghadapi keadaan sebegini. Anda mungkin boleh mencuba beberapa aktiviti mengulangkaji yang mudah tapi berkesan untuk menghadapi peperiksaan. Antaranya :
  • Menjawab soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain.
  • Menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.
  • Menjawab soalan ramalan.
Kaedah menjawab :
  • "Open Book Test"
  • Perbincangan & pembentangan dalam kumpulan
  • Simulasi peperiksaan

LANGKAH-LANGKAH MENGURUS MASA SEBELUM SPM :

1. Bina "Planner peribadi" yang boleh ditampal dan dilihat setiap hari.

  • Anda boleh menggunakan kertas mahjong untuk menyediakan planner ini.
  • Tampal planner anda di tempat yang mudah dilihat.
  • Catat tarikh penting dalam planner tersebut seperti tarikh dan waktu peperiksaan dengan jelas.
  • Planner ini akan memberi gambaran kepada anda tentang tempoh masa yang anda masih ada sebelum menghadapi SPM.

2. Sediakan jadual belajar ’dalam tempoh peperiksaan’.

  • Anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar SPM kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.
  • Isi selang masa tersebut dengan aktiviti belajar mata pelajaran berikutnya.
  • Rancang masa belajar seadilnya. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.

Persediaan terakhir amat penting bagi memastikan segala usaha anda selama 2 tahun berhasil dan membuahkan kejayaan .

CONTOH AKTIVITI BELAJAR

AKTIVITI 1 : MEMBINA NOTA PADAT :

  • Kumpul nota padat bagi semua subjek.
  • Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota padat yang lengkap dan memahami setiap catatan dalam nota tersebut.
  • Sekiranya tidak, anda boleh bekerjasama dengan rakan menyediakan nota padat ini.

Catatan : Teknik Bina Nota Padat

  • Nota padat ialah nota persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
  • Dihasilkan setelah anda faham apa yang anda pelajari.
  • Terdiri daripada kata kunci / simbol / rajah / angka / gambar dsb.
  • Dipilih dan dicipta sendiri.
  • Nota tersebut dapat diceritakan semula.
  • Guna teknik AKRONIM & AKROSTIK.
  • Boleh pelbagaikan bentuk nota seperti :
    - Peta Konsep
    - Peta Minda
    - Kad Imbasan
  • Langkah-langkah :
    - Dapatkan senarai semak keseluruhan tajuk bagi mata pelajaran yang ingin dikuasai.(Tajuk-tajuk peruncingan/ ramalan)
    - Agihkan tajuk-tajuk kepada ahli kumpulan.
    - Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab menyediakan nota ringkas bagi tajuk yang diberi.
    - Gunakan kertas A4 atau kad untuk menulis nota.
    - Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca oleh setiap ahli.
    - Bilangan mukasurat bagi setiap topik mestilah tidak kurang dari 4 dan tidak lebih dari 6 mukasurat. (bergantung pada isi pelajaran)
    - Setelah selesai tugasan, ketua kumpulan mengumpulkan nota untuk dibuat salinan pendua dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.

AKTIVITI 2 : MEMAHAMI NOTA (SESSI PENERANGAN & PERSEMBAHAN)

  • Pada tahap ini setiap ahli kumpulan telah mempunyai set nota yang lengkap.
  • Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan nota perlu memberi penerangan bagi topik masing-masing mengikut giliran.
  • Setelah semua ahli memahami isi nota, pelajar boleh melaksanakan aktiviti mengingat nota dgn menggunakan teknik berikut :
    - Pembacaan dengan menyebut (baca kuat)
    - Gambaran minda
    - Menulis semula

AKTIVITI 3 : LATIH TUBI SOALAN SEBENAR

  • Sediakan set-set soalan tahun lepas.
  • Pelajar akan menjawab soalan secara berkumpulan.
  • Jawapan kepada setiap soalan hendaklah dibincangkan bersama-sama dan ditulis di atas kertas kajang.
  • Semua soalan mesti dijawab dalam masa yang diberikan.
  • Jika menghadapi sebarang masalah, pelajar dibenarkan melihat nota yang disediakan semasa AKTIVITI 1 atau merujuk buku teks.
  • Kertas jawapan hendaklah disimpan sebagai bahan ulangkaji dan rujukan.

AKTIVITI 4 : SIMULASI PEPERIKSAAN

  • Pada tahap ini anda dikehendaki memilih satu set soalan tahun-tahun lepas yang telah dilaksanakan dalam AKTIVITI 3.
  • Anda akan menjawab soalan yang akan dipilih secara individu. Perbincangan sama sekali tidak dibenarkan.
  • Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah separuh masa sebenar. Contoh : Tasawwur Islam kertas 2 adalah 2 jam 30 minit. Oleh itu masa yang diperuntukkan adalah 1jam 15 minit sahaja.
  • Mematuhi masa yang diberi adalah penting bagi melatih anda menjawab dengan tepat dan cepat.
  • Anda sepatutnya mendapat markah 100% bagi langkah ini kerana soalan-soalan tersebut telah dijawab dalam AKTIVITI 3.
  • Rujuk skema jawapan yang disediakan dan bincang dengan guru jika tidak berpuas hati

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.