Oktober 17, 2010

TEKNIK SKOR PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

Soalan pendidikan Islam SPM kertas 2 mengandungi 5 soalan utama yang menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam bidang tilawah, hadis, hafazan, tajwid dan jawi.

1. TILAWAH & AYAT KEFAHAMAN : (Soalan 1a, 2a, 3a, 4a, 5a = 48-50 markah)

  • Hanya 5 daripada 13 topik ayat kefahaman akan disoal.
  • Kenal pasti soalan-soalan popular bagi setiap topik.
  • Tip menjawab soalan pengajaran : pastikan ada frasa “Kita hendaklah….” “Umat Islam wajib…”.
  • Pengajaran boleh direka berdasarkan pernyataan(clue) yang diberi dalam soalan. Pastikan anda bijak menggunakan “clue” yang diberi :
    Contoh soalan : "Ayat di atas menerangkan larangan Allah kepada orang yang mempermainkan agama." (clue soalan) Nyatakan pengajaran yang dapat diambil daripada ayat.
    Contoh jawapan : "Kita hendaklah menjauhkan diri daripada orang yang mempermainkan agama agar hidup kita sentiasa diberkati."
    Keterangan lanjut, rujuk : MODUL SKIMA UMUM SPM

2. HADIS : (Soalan 1b, 2b, 3b = 20-22 markah)

  • 3 daripada 4 tajuk hadis akan disoal. Ini bermakna sebahagian besar soalan hadis adalah soalan yang berulang seperti tahun-tahun sebelumnya.
  • Pelajar perlu menguasai sepenuhnya isi pelajaran hadis-hadis ini.
  • Kenal pasti soalan-soalan hadis yang kerap ditanya dalam peperiksaan. Biasanya soalan yang sama dengan kata tugas yang berbeza.

3. HAFAZAN : (soalan 1c, 2c, 3c = 12 markah)

  • Pelajar beruntung kerana mulai SPM 2006, format ayat hafazan agak berbeza dan lebih mudah.
  • Setiap soalan telah disediakan pilihan jawapan A,B,C dan D. Ini bermakna pelajar yang lemah hafazan sekalipun masih berpeluang mendapat markah dengan cara meneka.
  • Soalan "membariskan ayat" pula digantikan dengan soalan "susun ayat". Pelajar cuma perlu susun ayat dengan betul.
  • Jika pelajar tidak mampu menghafaz ayat, gunakan teknik meneka dan jangan biarkan ruang jawapan kosong tanpa sebarang jawapan.
  • Tip susun ayat : sekiranya satu potongan ayat diberi, potongan ayat terakhir selalunya potongan ayat yang terdapat tanda wakaf atau ada hukum mad arid lissukun.
  • Tip Hafaz ayat :
    a. Sekiranya pelajar sukar menghafaz ayat-ayat ini, pelajar boleh membacanya secara berulang. Mudah-mudahan apabila menjawab soalan hafazan, ayat yang sentiasa dibaca ini akan tergambar secara automatik.
    b. Bagi pelajar yang tidak tahu membaca ayat, cuba tulis ayat-ayat hafazan secara berulang. Insya Allah teknik ini boleh membantu anda mengingati ayat-ayat dengan mudah.
  • Tip meneka ayat : Baca ayat secara keseluruhan. Cuba padankan pilihan jawapan dengan potongan ayat satu persatu. Cari yang paling munasabah dan tidak janggal bunyi ayatnya.
  • Banyakkan latih tubi : rujuk MODUL AYAT HAFAZAN

4. TAJWID : (Soalan 4b & 5b = 8-10 markah)

  • Hukum-hukum tajwid yang disoal adalah terdiri daripada hukum nun sakinah, mim sakinah, mad, qalqalah, hukum alif lam dan wakaf.
  • Kuasailah hukum asas nun sakinah dan mim sakinah kerana hukum ini merupakan soalan yang wajib keluar dalam setiap set soalan.
  • Hukum mad yang paling popular pula ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfassil, mad arid lissukun, mad Iwad, mad silah qasirah & tawilah. Hukum mad yang lain jarang-jarang keluar dalam soalan kertas 2.
  • Bagi mengingat cara bacaan hukum-hukum tajwid ini, anda boleh menggunakan teknik ini :

- cara bacaan hukum nun sakinah & mim sakinah : Ada 2 hukum sahaja yang dibaca dengan nyata iaitu IZHAR HALQI dan IZHAR SYAFAWI. Selain daripada hukum yang 3 ini, cara bacaannya adalah dengung.

- cara bacaan bagi hukum mad : semuanya mesti dibaca panjang sama ada panjang 2/4/5/6 bergantung kepada jenis mad.(Rujuk nota)

5. JAWI : (Soalan 4c & 5c = 8-10 markah)

  • Menguasai asas penulisan jawi adalah bonus kepada pelajar.
  • Perbanyakkan latih tubi menulis perkataan-perkataan yang berimbuhan, perkataan tradisi dan perkataan pinjaman bahasa Ingeris atau bahasa Arab.
  • Pelajar diminta menukarkan petikan jawi kepada rumi dalam soalan 5c. Oleh itu kebanyakan pelajar berpeluang mendapat markah dengan mudah.
  • Rujuk : NOTA RINGKAS JAWI, MODUL LATIH TUBI JAWI TAHAP 1, MODUL LATIH TUBI JAWI TAHAP 2

KESIMPULAN :

  • Berdasarkan jumlah markah yang diberi, bidang ayat kefahaman mewakili hampir 50% markah kertas 2. Oleh itu pastikan pelajar benar-benar menguasai topik-topik ayat kefahaman dengan baik.
  • Ini bermakna pelajar mampu skor A sekiranya pelajar menjawab soalan ayat dan hadis dengan baik kerana ianya mewakili 70 markah. Oleh itu pelajar tidak perlu bimbang sekiranya kurang menguasai bidang hafazan, tajwid dan jawi.

TEKNIK MEMBUAT RAMALAN

Selain itu, pelajar juga boleh mencuba beberapa teknik di bawah untuk menguasai kertas 2 :

Buatlah kajian tentang soalan-soalan yang popular bagi setiap topik. Antara bahan yang anda perlukan untuk mengkaji soalan ialah :

  1. Analisis soalan-soalan tahun lepas.
  2. Analisis kekerapan tajuk dalam soalan percubaan antara negeri

Contoh-contoh soalan popular bagi tajuk-tajuk berikut :

  1. Manusia Perlu Bersyukur :
    - Sebab dibinasakan umat terdahulu - Contoh-contoh nikmat
    - Cara menghargai nikmat - Pengajaran ayat

  2. Rasul Penyampai Wahyu :
    - Maksud khazanah Allah - Contoh khazanah Allah
    - Cara menjaga khazanah Allah - Peranan Rasul
    - Sebab Rasul dilantik dari kalangan manusia – perbezaan orang buta dan celik.

  3. Larangan Mempersendakan Agama :
    - Larangan yang terdapat dalam ayat
    - Cara mengelak larangan tersebut

Lihat analisis keseluruhan tajuk, sila klik :

Jadual ANALISIS SOALAN PENDIDIKAN SPM K2 2004-2009

Jadual ANALISIS SOALAN PERCUBAAN MENGIKUT NEGERI PI K2 2010

Daripada analsis tersebut, pelajar dapat mengenal pasti soalan-soalan penting yang biasa ditanya bagi setiap tajuk.
Mudah-mudahan panduan ini membantu pelajar dan guru membuat persedian terakhir bagi menghadapi peperiksaan PI pada 30 November nanti. Tip-tip yang saya berikan ini adalah berdasarkan pengalaman sebagai guru PI SPM. Nantikan teknik skor PI kertas 1 dalam siri akan datang. Selamat mencuba.

Oktober 09, 2010

Teknik mengulangkaji di ambang peperiksaan SPM

Sedar atau tidak tinggal beberapa hari lagi menjelangnya peperiksaan SPM. Sebagai pelajar, pastinya anda menanti saat itu dengan penuh debaran. Bagi mereka yang sudah bersedia menghadapinya sudah tentu tidak merasa gusar kerana segala ilmu telah sarat tersemat di dada. Namun, bagi segelintir pelajar yang baru terjaga dari lena, saat inilah mereka mula kelam kabut menelaah pelajaran. Mungkin ramai yang buntu mencari teknik dan tip mengulangkaji di saat-saat kecemasan ini. Apa yang pasti, pelajar tidak perlu gusar dan cemas menghadapi keadaan sebegini. Anda mungkin boleh mencuba beberapa aktiviti mengulangkaji yang mudah tapi berkesan untuk menghadapi peperiksaan. Antaranya :
  • Menjawab soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain.
  • Menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.
  • Menjawab soalan ramalan.
Kaedah menjawab :
  • "Open Book Test"
  • Perbincangan & pembentangan dalam kumpulan
  • Simulasi peperiksaan

LANGKAH-LANGKAH MENGURUS MASA SEBELUM SPM :

1. Bina "Planner peribadi" yang boleh ditampal dan dilihat setiap hari.

  • Anda boleh menggunakan kertas mahjong untuk menyediakan planner ini.
  • Tampal planner anda di tempat yang mudah dilihat.
  • Catat tarikh penting dalam planner tersebut seperti tarikh dan waktu peperiksaan dengan jelas.
  • Planner ini akan memberi gambaran kepada anda tentang tempoh masa yang anda masih ada sebelum menghadapi SPM.

2. Sediakan jadual belajar ’dalam tempoh peperiksaan’.

  • Anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar SPM kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.
  • Isi selang masa tersebut dengan aktiviti belajar mata pelajaran berikutnya.
  • Rancang masa belajar seadilnya. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.

Persediaan terakhir amat penting bagi memastikan segala usaha anda selama 2 tahun berhasil dan membuahkan kejayaan .

CONTOH AKTIVITI BELAJAR

AKTIVITI 1 : MEMBINA NOTA PADAT :

  • Kumpul nota padat bagi semua subjek.
  • Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota padat yang lengkap dan memahami setiap catatan dalam nota tersebut.
  • Sekiranya tidak, anda boleh bekerjasama dengan rakan menyediakan nota padat ini.

Catatan : Teknik Bina Nota Padat

  • Nota padat ialah nota persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
  • Dihasilkan setelah anda faham apa yang anda pelajari.
  • Terdiri daripada kata kunci / simbol / rajah / angka / gambar dsb.
  • Dipilih dan dicipta sendiri.
  • Nota tersebut dapat diceritakan semula.
  • Guna teknik AKRONIM & AKROSTIK.
  • Boleh pelbagaikan bentuk nota seperti :
    - Peta Konsep
    - Peta Minda
    - Kad Imbasan
  • Langkah-langkah :
    - Dapatkan senarai semak keseluruhan tajuk bagi mata pelajaran yang ingin dikuasai.(Tajuk-tajuk peruncingan/ ramalan)
    - Agihkan tajuk-tajuk kepada ahli kumpulan.
    - Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab menyediakan nota ringkas bagi tajuk yang diberi.
    - Gunakan kertas A4 atau kad untuk menulis nota.
    - Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca oleh setiap ahli.
    - Bilangan mukasurat bagi setiap topik mestilah tidak kurang dari 4 dan tidak lebih dari 6 mukasurat. (bergantung pada isi pelajaran)
    - Setelah selesai tugasan, ketua kumpulan mengumpulkan nota untuk dibuat salinan pendua dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.

AKTIVITI 2 : MEMAHAMI NOTA (SESSI PENERANGAN & PERSEMBAHAN)

  • Pada tahap ini setiap ahli kumpulan telah mempunyai set nota yang lengkap.
  • Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan nota perlu memberi penerangan bagi topik masing-masing mengikut giliran.
  • Setelah semua ahli memahami isi nota, pelajar boleh melaksanakan aktiviti mengingat nota dgn menggunakan teknik berikut :
    - Pembacaan dengan menyebut (baca kuat)
    - Gambaran minda
    - Menulis semula

AKTIVITI 3 : LATIH TUBI SOALAN SEBENAR

  • Sediakan set-set soalan tahun lepas.
  • Pelajar akan menjawab soalan secara berkumpulan.
  • Jawapan kepada setiap soalan hendaklah dibincangkan bersama-sama dan ditulis di atas kertas kajang.
  • Semua soalan mesti dijawab dalam masa yang diberikan.
  • Jika menghadapi sebarang masalah, pelajar dibenarkan melihat nota yang disediakan semasa AKTIVITI 1 atau merujuk buku teks.
  • Kertas jawapan hendaklah disimpan sebagai bahan ulangkaji dan rujukan.

AKTIVITI 4 : SIMULASI PEPERIKSAAN

  • Pada tahap ini anda dikehendaki memilih satu set soalan tahun-tahun lepas yang telah dilaksanakan dalam AKTIVITI 3.
  • Anda akan menjawab soalan yang akan dipilih secara individu. Perbincangan sama sekali tidak dibenarkan.
  • Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah separuh masa sebenar. Contoh : Tasawwur Islam kertas 2 adalah 2 jam 30 minit. Oleh itu masa yang diperuntukkan adalah 1jam 15 minit sahaja.
  • Mematuhi masa yang diberi adalah penting bagi melatih anda menjawab dengan tepat dan cepat.
  • Anda sepatutnya mendapat markah 100% bagi langkah ini kerana soalan-soalan tersebut telah dijawab dalam AKTIVITI 3.
  • Rujuk skema jawapan yang disediakan dan bincang dengan guru jika tidak berpuas hati

Oktober 07, 2010

Kem Akademik Dan Motivasi Pelajar SPM 2010

Tarikh : 5 hingga 7 Oktober 2010

Tempat : Kompleks Rakan Muda , Kg Raja, Besut Terengganu

Peserta : Semua Pelajar SPM SMK Putra 2010

Semoga semua pelajar lebih bermotivasi setelah menghadiri kem motivasi ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.