Mac 14, 2011

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA SELEPAS SPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah dan saya ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 dengan jayanya dan kini sudah semestinya ramai dari kalangan remaja lepasan SPM 2010 sedang bekerja sambilan atau belajar sedikit untuk menyambung pengajian kelak bukan?

Keputusan peperiksaan SPM 2010 akan diumumkan tidak lama lagi. Pastinya para pelajar lepasan SPM 2010 sekarang sedang berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2010 nanti bukan? Jadi apakata sebelum anda menerima keputusan tersebut, persiapkan dahulu diri anda dengan maklumat-maklumat terkini tentang peluang kerjaya.

Anda juga mesti tertanya-tanya bagaimana untuk memohon kerjaya atau peluang pengajian? Prosedur permohonan? Tidak mengapa, untuk permulaan apa kata anda baca sedikit mengenai pemilihan kursus pengajian selepas SPM. Mana tahu maklumat yang bakal disajikan nanti sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat persiapan selepas menerima keputusan SPM 2010 kelak.

PEMILIHAN KURSUS PENGAJIAN DAN KERJAYA

Setelah menerima keputusan SPM nanti, tibalah masanya untuk para lepasan SPM memilih jalan kehidupan yang seterusnya. Fokus anda ketika ini adalah kepada proses pemilihan kursus pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang berkaitan.

Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh.

Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi pengajian itu, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah, majalah,buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI serta sumber-sumber yang lain.

Kebiasaannya, persoalan pertama yang bakal timbul ialah apakah kursus atau kerjaya yang ingin diikuti? Adakah ia kejuruteraan, perubatan, perakaunan, ekonomi, sains atau sebagainya? Secara umumnya jawapan kepada persoalan ini merujuk kepada minat serta kecenderungan yang dimiliki oleh seseorang pelajar itu.

Bagaimana untuk mengetahui minat atau kecenderungan diri? Secara ringkas, jawapan tersebut adalah berkait rapat dengan aktiviti bermanfaat apakah yang berhasil membuahkan kepuasan kepada diri pelajar setelah berjaya melaksanakannya.

Tetapi jika pelajar ingin mengkaji minat serta personaliti diri secara mendalam, pelajar boleh mengambil ujian personaliti diri daripada guru kaunseling ataupun Internet serta buku-buku panduan kerjaya yang TERKINI. Keputusan ujian tersebut mungkin dapat mengaitkan personaliti sesuatu kerjaya itu dengan personaliti diri pelajar.

Namun, dua kaedah tersebut hanyalah sebahagian daripada kaedah dalam proses mengenali diri dan ia tidak semestinya memberi jawapan mutlak kepada kerjaya yang menyamai minat diri.

Proses penerokaan minat diri berlaku secara berterusan dan kadang kala pelajar akan menemuinya dalam fasa kehidupan di kampus mahupun setelah bekerja nanti. Namun, kursus pengajian yang bakal diikuti selepas persekolahan menengah merupakan asas pengetahuan kepada apa jua kerjaya yang bakal diceburi kelak.

Seperkara juga yang perlu dikaji tentang sesuatu kursus itu ialah adakah ia diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau tidak. Hal ini penting agar sijil yang diterima setelah menamatkan kursus dapat diiktiraf oleh bakal majikan berdasarkan penarafan MQA.

Jadi untuk anda pelajar lepasan SPM 2010 khususnya,aspek ini perlu diberikan penekanan dahulu iaitu mengenali dan memahami ciri-ciri utama dalam pemilihan kerjaya.

MENGENALI DAN MEMAHAMI CIRI-CIRI UTAMA DALAM PEMILIHAN KERJAYA

 Sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH
 Sentiasa mendapat restu dan sokongan dari ahli keluarga
 Mempunyai minat yang mendalam dan cita-cita menggunung
 Peluang pekerjaan secara global dan bergaji lumayan
 Kurang persaingan tetapi punyai peluang yang cukup luas.

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini? Dapatkan rujukannya di sini:( sila klik gambar di bawah ) :

Sekian dari saya,
- Muhd Khairul Fakrullah Bin Mohd Noh
Admin www.LepasanSPM.com

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.