Julai 21, 2011

Program Rakan Masjid SMK Putra

Pada 13 dan 14 Julai yang lalu Unit Pengurusan Solat dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan MAIDAM telah berjaya melaksanakan program "Rakan Masjid" bertempat di Masjid Hadhari Jerteh. Peserta program adalah terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Putra. Bagi merealisasikan hasrat mendekatkan pelajar dengan masjid, para peserta telah disajikan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti halaqah, ceramah, aktiviti khidmat masyarakat dan qiamulail. Program yang julung-julang kali diadakan ini diharap dapat melahirkan generasi yang beramal soleh serta rajin mengimarahkan masjid. Ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak MAIDAM yang sudi menyumbang dan kepada semua guru Pendidikan Islam serta kaunselor yang terlibat. Mudah-mudahan program seperti ini akan dijadikan program tahunan sekolah ke arah memantapkan sahsiah pelajar.

Ucapan perasmian penutup disampaikan oleh wakil MAIDAM.

Para peserta khusyuk mendengar ceramah.

Penyampaian sijil kepada peserta-peserta program.

Aktiviti gotong-royong.

Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Hjh Noriah Zakaria.

Para peserta bergambar sebagai kenang-kenangan.

0 ulasan:

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.