September 03, 2015

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPM

Assalamualaikum...
Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik menjawab soalan KBAT yang sering diperkatakan oleh pelajar. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada calon SPM pada tahun ini.

Persoalan yang sering berlegar di minda pelajar ialah " Ini soalan KBAT atau tidak". Pelajar perlu tahu membezakan soalan KBAT dengan soalan lain kerana format jawapan KBAT berbeza dengan format jawapan soalan biasa.Kesilapan mentafsir kehendak soalan semestinya mengakibatkan pelajar kehilangan markah secara percuma.

CARA MENGESAN SOALAN KBAT :

Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
  1. Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :

2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.

  • Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
  • Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
  • Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
  • Isi : 1 markah
  • Huraian : 2 markah
  • Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.

TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT 

1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN

Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
 Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :

2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.

3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
  • Memberi keterangan tambahan.
  • Memberi contoh kepada isi.
  • Memberi dalil al-quran atau hadis.
  • Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
  • Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2.
Rujuk rajah di bawah :
RANGKA JAWAPAN KBAT
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
  • Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian. 
  • Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
  • Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".

FORMAT JAWAPAN KBAT :
  • Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
  • Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.
Selamat mencuba...

26 ulasan:

siti shalehah berkata...

Terima kasih. Mudah difahami.

Tanpa Nama berkata...

terima ksih dan sgt berguna utk pelajar saya...

Aida Aziz berkata...

Terima kasih 😊 Sangat membantu 😉

Nur Nafisah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Nafisah berkata...

Terima kasih cikgu, :)

Nur Nafisah berkata...

Terima kasih cikgu, :)

Unknown berkata...

terima kasih... senang nk buat homework nanti..😁

Hafiz Samad berkata...

Ustazah ajar

I=ayat yg mudah difahami
H=Seperti/agar/supata/untuk/dengan/kerana/tentang
HL=Contohnya/Ini Menyebabkan/Kesannya
O=Oleh Itu/Kesimpulannya

Ustazah saya cakap bukan saya..huhu

ummu hasif berkata...

Terima kasih ustazah sgt membantu:-) Izinkan saya share dengan palajar2 saya juga

Pibgsmkpakbadol Pibgsmkpakbadol berkata...

mohon share kepada pelajar

amandanur146 berkata...

terima kasih krna membantu saya menjawab soalan kbat.thank you...assalamualaikum

azizan harun berkata...

Salam. Tk cgu. Nak tnya jawab dlm bntuk point form atau esei (perenggan)..tq

Unknown berkata...

Boleh saya tahu, soalan kbat biasanya kertas 1 ke 2???

Jamaliah Ahmad64 berkata...

Assalamualaikum ustazah.. syukran jazilan wa khoirul jaza' atas perkongsian yg amat-amat bermanfaat ini.. sy mohon share apa yg berkenaan ye ustazah..

ustazah Solihah Daud,SMK Pekan Kota Belud, Sabah

NHR berkata...

alhamdulillah..mudah dfahami...syukran ustazah

NHR berkata...

Syukran ustzh..olahan penerangan yg mudah..sy kongsi dgn rakan yg lain...

nurulsyafinaz azhar berkata...

trima ksih atas prkongsian ni.. 😊

The Q's berkata...

Amat ringkas dan mudah utk sy phm

Aiman_ Raudhah142 berkata...

Terbaiklah...

Mohd saiful islam 5geo" berkata...

Trima kasih .bru skrng saya faham ��mudah d fahami ..hehe

Hanishakiem m berkata...

Terima kasih👍

Nurul Ain berkata...

terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

tq

Azral berkata...

Terima kasih. Padat dan bermanfaat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

.